TENTANG SYARIKAT
I DREAM TRAVEL SDN BHD adalah syarikat berstatus bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 2016 pada 17 NOVEMBER 2022 dengan nombor pendaftaran syarikat 202201042988(1488685-T).
Objektif Syarikat
Menjadi sebuah syarikat pelancongan terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan produk pelancongan ke serata dunia seperti tempahan tiket pengangkutan penumpang, tempahan hotel, pakej pelancongan domestik, pakej pelancongan Luar Negara, Umrah Ziarah, pakej persendirian, pakej berkumpulan, eko-pelancongan, pelancongan pertanian, pelancongan kesihatan, pelancongan pendidikan, pakej golf, pakej pelayaran kapal dan banyak lagi.
John & Steven
Visi Syarikat
Menjadi sebuah syarikat pelancongan di Malaysia yang dikenali dan diyakini ke seluruh dunia disamping itu dapat memperkenalkan nama Negara Malaysia tercinta ini di mata dunia melalui sektor pelancongan dengan meningkatkan kadar pelancong dari dalam dan luar Negara dan seterusnya mampu membantu Negara dalam menjana sumber ekonomi Negara.
Misi Syarikat
Sejajar dengan Moto kami dalam merealisasikan impian perjalanan pelanggan menjadi kenyataan, kami secara konsisten akan memberikan perkhidmatan dan layanan terbaik dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan pakej pelancongan yang berpatutan dan berkualiti serta menyediakan pakej pelancongan yang pelbagai dan boleh diubahsuai mengikut citarasa pelanggan.